BERITA TERKINI (copy from Berita Harian online)


Semua penuntut MARA di Mesir selamat, 608 daripadanya sudah pulang


2011/02/08

JEDDAH: Kesemua 1,149 penuntut tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Mesir berada dalam keadaan selamat dan 608 orang daripada mereka telah kembali ke tanah air. 

Timbalan Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajar MARA, Kamis Mahawi, berkata Mara bekerjasama rapat dengan pihak Kedutaan Malaysia di Kaherah dan Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah bagi menguruskan kepulangan penuntut tajaannya ke Malaysia.



"Kebanyakan pelajar ini mengikuti pengajian dalam bidang perubatan dan pergigian. Hampir keseluruhan mereka menuntut di Iskandariah," katanya ketika ditemui di pusat transit Haji, Madinatul Hujjaj di sini hari ini.
Kamis berkata, pada masa sama MARA berusaha mendapatkan maklum balas daripada sejumlah penuntut tajaannya yang mengambil keputusan untuk terus berada di Mesir. 

"Kami belum dapat menentukan jumlah sebenar pelajar yang ingin terus kekal di Mesir. Majoriti yang tidak mahu pulang adalah mereka yang sudah di tahun akhir," katanya. 

Kamis berkata, MARA akan terus berusaha memastikan penuntut tajaannya di Iskandariah berada dalam keadaan selamat. 

"Pelajar ini tinggal di Bangunan MARA dan keselamatan mereka terjamin di situ. Kekacauan akibat rusuhan politik kini dilaporkan tertumpu di Kaherah," katanya. - BERNAMA 

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Everything in Life

Daisypath Friendship tickers

Followers


 

Shyazma Design by Insight © 2009